Wednesday, 23 September 2015
CD4 Naik, Belum Makan Ubat Lagi
Jam7.20 dah sampai Hospital Sungai Buloh. Dapat parking. Aku pergi beli roti, makan sekejap, baru naik ke klinik ID dalam jam 7.30 naik dah ramai yang beratur. Huhuhu..
Jam 7.45 dah boleh masuk amik nombor, Dalam jam 9 lebih macam tu dapat jumpa doktor.
Jumpa Doktor
Muda lagi doktor ni, laki. Rasa macam malu sikit lah sebab kalau aku tua sikit je dari doktor tu, tapi dah rosakkan life sendiri. Huhu.. Dia jugak yang berjaya sampai jadi doktor. Hahaha.. Apa yang mengejutkan aku, pada mulanya dengar CD4 aku 300 lebih, aku tanya doktor.. 300? Dia cakap 786. Kalau 300 dah kena makan ubat. Wow.. 786 tu.. Sebelum ni 672. Aku tak makan ubat, CD4 boleh naik. Magic tak? Siap doktor tu tanya aku ada makan herba ke? Aku cakap tak.. Tapi dalam hati ni senyum gembira. Hihi..
Doktor cakap hari ni klinik full, kalau buat surat lambat. Dia mintak datang sana lagi skali lepas 6 bulan sebelum aku boleh tukar. Aku rasa dia nak tengok CD4 aku makin naik lagi ke tak kot.
Macam mana CD4 boleh naik ni?
Aku syak, ada kaitan dengan doa yang tak putus-putus kepada Allah S.W.T. Perbanyakkan sedekah moga-moga kita peroleh kebaikan dunia dan akhirat. Korang cuba la buat. Sedekah sesuatu yang betul-betul punya sedekah. Macam mana tu? Kita bersedekah sehingga kita sendiri rasa kekurangan, ataupun sedekah masa kita sendiri dalam kesusahan. Contoh, ada duit RM50 dalam poket. kalau bagi RM50 tu, sekurang2nya 2 3 hari kita tak dapat makan. Duit dalam bank dah budget untuk minggu lain. Tapi kita sedekahkan jugak RM50 tu. Beserta niat, andai sedekah aku ni dapat pahala, moga Allah tukarkanlah pahala itu dengan CD4 aku makin naik, virus HIV ni makin lemah atau terhapus dengan cepat. Moga-moga, semua keberkatan ituberpihak pada kita.. Aamiin..
Wednesday, 1 April 2015
Kuatkanlah Semangat Jebat dan Cinta Kami
Thursday, 26 March 2015
Follow Up Doktor Hospital Klang
Appointment dia jam2 petang. Aku datang awal pagi jumpa dia, lepak sarapan, jenjalan kat AEON Bukit Tinggi. Jam 1.30 dah sampai ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Beza dengan Hospital Sungai Buloh nak kena menunggu lama untuk jumpa doktor. Ambil ubat pun makan masa lama. Kat sini senang je. Cepat dan clear process. Klinik RVD tak campur dengan sakit berjangkit yang lain. Demn, sini lebih bagus daripada Hospital Sungai Buloh.
Tapi aku sikit busy, kerja office ada masalah. Aku asik kena tengok wassap group office then jawab call. Masa nak temankan Jebat amik ubat, dapat call lagi, nasib aku bawak laptop sekali dalam kereta, aku terpaksa bergegas ke kereta untuk settle kerja sikit. Kesian Jebat. Aku busy plak bila dengan dia. Dia pulak rasa macam dia menyusahkan aku, padahal sikit pun aku tak rasa susah. Dia dan kerja, 2 2 tanggungjawab aku.
Wednesday, 25 March 2015
Pertama Kali Follow Up CD4
Monday, 23 March 2015
Beza Demam Untuk PLHIV
Sunday, 22 March 2015
Demam Urat
Hari ni aku plak demam. Suspek badan sakit² sebab jogging pagi semalam sebelum ke hospital. Sakit macam aku ni memang mudah demam ke erk kalau penat sangat?
Dari semalam lagi aku duk jaga Jebat. Sapu ubat gatal, ubat ruam kat seluruh badan. Now, Alhamdulillah. Badan dia dah ok dari ruam² campak tu. Ni bila aku demam, dia plak jaga aku. Letak kain sejuk kat kepala aku. Bagi aku makan ubat. So sweet kan? Haha..
Saturday, 21 March 2015
Kesan HAART, Jebat Ke Hospital
Salam,
Payah nak send updates ni. Last-last install aps blogger kat tab. Boleh update live untuk korang. Haha..
Aku kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ni. Semalam badan jebatkan teruk naik ruamnya. Semalam aku balik kerja awal, lepas solat jumaat, jebat kat rumah dah risau dengan ruam kat badan dia. Dia sempat pesan wassap pagi tu, kalau balik kerja nanti belikan piza rm5 satu. Balik kerja aku sempat beli, dua plak tu. Aku bukan makan sangat piza, tapi sebab aku tak makan lagi, tu pun makan sikit je, aku kedarah nasi lah. Hihi..
Petang jam4 macam tu pergi kat Klinik Kesihatan Hulu Langat Batu 9 kalau tak silap. Lepas ke hulu ke hilir, prosedur biasa, settle jam5.30 macam tu. Lama tak lama kan. Keputusannya, rupanya Klinik Kesihatan Hulu Langat tu ada RVD rupanya. Doktor tu buat rawatan sendiri kat situ. Ada mesin dia ape bagai. Silap la plak aku ke Hospital Sg Buloh. Doktor tu cadangkan Jebat ke hospital untuk buang tonsil yang sebabkan dia kerap demam, ruam tu pun disebabkan kesan ubat HAART tu. Jadi, doktor cadangkan Jebat stop kejap makan ubat kuning yang malam buat sementara waktu sebelum appointment jumpa doktor Khamis depan. Tapi kitorg tak berani.
Balik dari klinik, kitorg makan, aku makan nasi putih sebab aku kena kuat nak jaga jebat plak ni. Jebat abeskan piza dia lagi sekotak. Suka plak aku tengok dia makan. Siap ayam goreng sketul dengan sup kaki aku buat pagi tu.
Hari ni, aku bawak Jebat ke Hospital Klang ni, senang, apa-apa jadi, saranan doktor, pihak hospital sini bertanggungjawab. Jebat mungkin kena warded hari ni kalau keputusan dia nak operate buang tonsil segera.
Sekarang jebat tengah masuk air dulu nak tengok cemana keadaan lepas tu. Aku harap sangat tonsil tu bukan masalah besar bagi dia. Moga semua berjalan lancar.
Updated jam8 malam
Jebat tak warded. Dia balik rumah aku je. Yeahhhh.. Esok hantar dia balik Klang. Doktor suspek demam campak je. Kalau kesan ubat tu, atau alahan pada ubat tu, doktor cakap kalau makan 2 3 hari dah ada tanda². Tapi ni dah seminggu lebih dah ni. Alhamdulillah. Ni dah sampai rumah. Tadi dia siap belanja aku makan kat Murni Shah Alam.. Hihihi..
Friday, 20 March 2015
Ruam HAART
Macam teruk, muntah nak keluar angin je kot. Tapi aku risaukan dia. Aku pergi jenguk kat toilet, tengok pintu terbukak sikit. Aku bukak pintu, tengok jebat tengah berbogel kat sinki teran muntah. Aku urut-urut belakang dia, nampak ruam teruk kat badan dia sampai ke bontot dia dah. Kesian tengok dia sakit macam tu.
Aku gerak pergi kerja, ni jebat mesej, dia call doktor hospital, doktor cakap itu kesan daripada makan ubat tu, kalau teruk dia kena rujuk hospital lah. Nak tunggu khamis mungkin lambat lagi, tak tahu kesan dia macam mana. Doktor cakap kalau teruk sangat boleh datang hospital. Aku ingat nak balik lepas solat jumaat nanti je. Nak tengok badan dia macam mana. Kalau teruk doktor cakap kena masuk kecemasan, tak tahu lah kena warded atau stop makan ubat buat seketika.
Aku ada baca kat blog mana entah. Ada yang kena ruam tu, doktor cakap stop dulu sampai ruam elok, lepas tu boleh teruskan makan balik. Biasanya kali kedua dah ok dah. Sebab awal-awal ni badan baru nak adapt dengan ubat tu.
Updated!!
Ni gambar ruam yang aku cakap tu..
Thursday, 19 March 2015
Jebat Demam Dan Alahan
Pagi ni aku macam biasa bangun jam 5.30 pagi. Ingat nak masak. Kalau Jebat dah ok, aku pergi lah kerja. Kol6 lebih aku mesej Jebat, tanya dia sehat ke demam lagi. Dia balas dia cakap nak pergi klinik kesihatan. Aku tak sempat nak kejar ke sana awal-awal. Jauh. Sejam kot nak sampai Klang. Dia pergi dengan abang dia dulu, then aku terus ke klinik kesihatan Port Klang.
Jam8 aku sampai sana, aku harap kalau dia dapat cuti 2 hari, boleh dia terus datang ke rumah aku. Sebab weekend ni memang dia lan nak lepak rumah aku pun. Boleh aku jaga dia skali. Lepas jumpa doc, dia ambil darah, mesin darah kat makmal plak rosak. Doktor minta dia ke Klinik Kesihatan Pandamaran. Nasib baiklah aku pergi kan, kalau tak, macam mana plak dia nak berkejar sana sini. Lepas dapat keputusan darah, terus patah balik ke klinik kesihatan port klang.
Doktor bagi dia MC 2hari. Kemas barang terus balik rumah aku. Dalam perjalan balik, aku tunjukkan dia tempat aku plan nak bawak dia jogging lama dulu. Dia suka tempat tu. Sebelum sampai rumah, kami pergi beli kasut sukan Jebat. Plan nak pergi pagi sabtu ni.
Malam tadi dia demam lagi. Badan panas, dah nampak ruam merah-merah. Aku cuba tenangkan dia. Aku cakap ruam sebab panas badan demam. Bukan sebab dia makan ubat HAART tu. Aku nak tengok macam mana perkembangan dia dulu esok.
Wednesday, 11 March 2015
Mula Buat Rawatan di Hospital Sungai Buloh
Aku naik tingkat 2, ada nama klinik kesihatan je. Aku tanya security kat situ, dia cakap kat situ lah. Aku tangok dah ramai yang beratur kat luar tu. Aku pun berjalan lah sebelah barisan tu, aku perasan mata-mata memandang aku. Mana taknya, aku datang dengan office attire bagai. Haha.. Kol7.30 klinik tu dah buka. Lama jugak menunggu untuk register.
Lepas register, nurse kaunter 18 cakap, boleh kaunseling hari ni terus tapi ambil masa lama untuk menunggu. Jadi dia cakap, ambil darah je lah, kaunseling dengan keputusan darah buat skali 25hb nanti. Tapi menunggu pun ambil masa lama untuk ambil darah. Dah bosan menunggu, jam9.30 pagi turn aku. 5 botol kecil dia amik. Huhu.. Aku balik terus, sampai office jam10.30 pagi.
Tuesday, 10 March 2015
Teman Jebat Ke Hospital
Aku pun nak ambil mood hari ni. Rasa pengalaman pergi hospital. Maklumlah, dah lama tak berurusan di hospital ni. Aku pun kena rujuk hospital, cuma dalam hati berbelah bahagi nak pergi Hospital Sg Buloh atau Hospital Ampuan Rahimah Klang. 2 2 tempat ni aku dengar layanan baik, tak macam sesetengah hospital yang layan acuh tak acuh bagi pesakit macam kitorg ni. Kononnya kitorg buat dosa lah kan, padan muka. Tapi apa hak diorang untuk hukum kitorg?
Di Hospital Klang ni diorang panggil klinik RVD untuk pesakit-pesakit HIV. Tiada papan tanda, nak jaga privasi pesakit barangkali. Bagi sesiapa yang tak tahu, tak perasan lah klinik apa tu. Kalau di Hospital Sg Buloh plak, klinik ID.
Selesai Jebat pergi kaunseling, kena pergi ke farmasi plak. Jauh, kami drive je lah ke sana. Tak lama sangat menunggu. Selesai ambil ubat, kami pergi makan kat MBO. Dalam kol10 macam tu. Jebat kerja separuh hari je. Kol1.30 masuklah.
Selesai makan hantar dia balik kol12 macam tu. Dia terus masuk kerja. Kol1 dapat dia rehat lagi.
Selamat makan ubat Jebat. Malam ni U dah kena makan ubat. Ada pape, I tetap bersama U tau syg. I monta maaf sebab U terpaksa tanggung semua ni disebabkan I. Berdosanya I pada U syg.
Wednesday, 4 March 2015
Jumpa Doktor untuk Surat Sokongan ke Hospital
- "Keputusan ni positif"
- "Saya tahu doktor"
- "Sebelum ni awak ada buat test dah ke?"
- "Saya ada buat guna test kit, saya tahu positif"
- "Macam mana awak boleh dijangkiti?"
- "errr.." dengan nada perlahan aku jawab "Seks" Risau dia tanya lebih-lebih, aku pun berdalih tanya mengenai hospital untuk rawatan susulan "Kalau nak ke hospital, doktor kena buat surat sokongan dulu ke?"
- "Ya, kena buat surat dulu""Awak buat dengan different partner?"
- Aku faham tak faham soklan doktor, Aku jawab "Ya" Mungkin maksud dia buat dengan perempuan, atau beberapa orang sebelum ni.. Aku cuba tukar topik lagi, aku tanya "Hospital mana boleh saya buat?"
- "Itu saya tak pasti.. Nanti saya telefon kawan saya" Dia pun call kawan dia. Kawan dia mintak aku jumpa dia sebab dia ada pengalaman handle masalah ni. "Awak ambil alamat ni, awak pergi sana boleh?"
- "Boleh doktor" Ingatkan dah habis soalan dia.
- "Macam mana awak jumpa dia? Awak pergi pub?"
- "Tak, saya kenal melalui FB, instagram macam tu lah"
- Dengan nada kecewa, doktor tu cakap "Ish ish budak-budak sekarang, saja jer cari penyakit"
- Aku agak terasa hati juga kata-kata doktor tu. Tapi buat bodoh je. Aku tanya "Akan datang, kalau saya sakit demam atau sebagainya, perlu ke saya inform saya ada HIV?"
- "Ya perlu, sekurang-kurangnya awak menjalankan tanggungjawab sebagai insan dan mencegah daripada merebak. Itu pun awak boleh dapat pahala"
- "Ok, terima kasih doktor.."
- Doctor "Awak buat kerja apa?"
- Err soalan dia ni nak tau aku buat apa ke yang boleh dapat jangkitan ni? "Saya jadi exec kat syarikat swasta"
- "Awak jangan risau, kita sembang macam kawan-kawan""Macam mana awak boleh dapat jangkitan ni?"
- "Saya buat hubungan dengan seseorang"
- "Men to men?" aih.. doktor ni macam boleh agak aku ni PLU.
- "Ya"
- "Macam mana awak boleh nak buat test ni?"
- "Pasangan saya beritahu dia ada HIV lepas dia buat test sebab dia demam teruk. Dia naksihatkan saya untuk jalankan ujian juga"
Monday, 2 March 2015
HIV Test Kit
Lepas hantar dia balik, aku terus ke farmasi kat Bangsar. Lepas usha dalam internet, tak banyak farmasi yang jual HIV Test Kit. Harga RM43. Sebenarnya boleh beli online. Tapi dah dekat aku beli je lah terus kat farmasi tu. Masuk kereta, aku terus buat test. Dah dia cakap tunggu 5-10 minit. Aku ingat nak la titik darah darah dulu, drive pergi office, dapat la result.
Tak sampai 3 minit, aku tengok result dah dapat. Positif. Aku terus benti kereta kat tepi kejap. Walaupun aku macam dah agak aku positif, tapi bila tau result tu, agak stress jugak lah. Huhu..
HIV Test Kit |
Wednesday, 25 February 2015
Aku HIV Positif
Keluar rumah awal sikit, pergi kedai pertama tutup, mungkin CNY. aku pun cari kedai kedua tak jumpa. Pergi kedai ketiga, bunga ros yang aku nak takda. Aku nak cari bunga hidup. Nasib baik orang kedai tu bagus, dia tunjuk arah ke kedai kedua tu. Alhamdulillah, jumpa akhirnya. Aku minta 12 kuntum, sesuai untuk menyatakan cinta dan kejujuran kononnya. Hihi..
Lewat sikit dari pukul 1 tgahari, aku pick up Jebat pegi makan. Dalam kereta tu aku bagi dia bunga. Dia terkejut gila kot. Tetiba dapat bunga. Tak pernah-pernah hayat orang nak kasi bunga. Dia dah malu-malu dah. Lepak makan pun dia ok. Sebelum ni sampai taknak bercakap, aku call pun taknak angkat.
Balik makan awal sikit, lepak bawah dulu. Lagi 20min dia nak masuk opis. Kami borak dalam kereta. Ingatkan dia nak terus naik, tapi dia ajak borak dulu. Itu yang aku nak. Aku minta maaf dengan dia, aku terangkan pada dia apa yang terbuku dihati aku, apa yang aku buat pada dia sebelum ni bukan sebab aku marah atau benci.
Lepas tu dia korek-korek beg dia, tunjuk aku kad appointment dia dengan doctor. Banyak appointment. Sakit ape? Dia cakap, dia taknak kapel balik sebab dia sakit. Dia sebelum ni nak larikan diri dari aku. Bila aku desak, dia bagitahu dia ada HIV+. Masa tu aku masih tenang. Dia cakap dia tak bagitahu aku sebab dia takut benda tu bukan dari aku walaupun dia sangat pasti dia dapat dari aku.
Lepas kami bincang, dia minta aku jumpa doctor. Kalau bukan dari aku pun, walau lama kami tak jumpa, 2 3 hari lepas aku baru je jilat air mani dia. Kalau aku HIV-, means aku kena check lagi lah untuk 3-6bulan akan datang. Tapi aku masih kena buat segera untuk pastikan aku dapat dari siapa.
Dalam perjalanan balik ke rumah, aku fikir banyak. Bawa kereta pun tak fokus sangat. Aku nekad cari hiv test kit. Aku pergi ke farmasi area rumah aku, tak jual. Sebelah tu klinik panel aku. Nak taknak, aku tebalkan muka untuk buat ujian di klinik.
Nasib baik layanan staf klinik memuaskan. Tak pandang serong pada aku. Lepas jumpa doctor, Aku balik rumah, aku bertenang. Dalam hati gelisah sangat. Tak sabar nak tunggu result.