Saturday, 21 March 2015

Kesan HAART, Jebat Ke Hospital

Salam,

Payah nak send updates ni. Last-last install aps blogger kat tab. Boleh update live untuk korang. Haha..

Aku kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ni. Semalam badan jebatkan teruk naik ruamnya. Semalam aku balik kerja awal, lepas solat jumaat, jebat kat rumah dah risau dengan ruam kat badan dia. Dia sempat pesan wassap pagi tu, kalau balik kerja nanti belikan piza rm5 satu. Balik kerja aku sempat beli, dua plak tu. Aku bukan makan sangat piza, tapi sebab aku tak makan lagi, tu pun makan sikit je, aku kedarah nasi lah. Hihi..

Petang jam4 macam tu pergi kat Klinik Kesihatan Hulu Langat Batu 9 kalau tak silap. Lepas ke hulu ke hilir, prosedur biasa, settle jam5.30 macam tu. Lama tak lama kan. Keputusannya, rupanya Klinik Kesihatan Hulu Langat tu ada RVD rupanya. Doktor tu buat rawatan sendiri kat situ. Ada mesin dia ape bagai. Silap la plak aku ke Hospital Sg Buloh. Doktor tu cadangkan Jebat ke hospital untuk buang tonsil yang sebabkan dia kerap demam, ruam tu pun disebabkan kesan ubat HAART tu. Jadi, doktor cadangkan Jebat stop kejap makan ubat kuning yang malam buat sementara waktu sebelum appointment jumpa doktor Khamis depan. Tapi kitorg tak berani.

Balik dari klinik, kitorg makan, aku makan nasi putih sebab aku kena kuat nak jaga jebat plak ni. Jebat abeskan piza dia lagi sekotak. Suka plak aku tengok dia makan. Siap ayam goreng sketul dengan sup kaki aku buat pagi tu.

Hari ni, aku bawak Jebat ke Hospital Klang ni, senang, apa-apa jadi, saranan doktor, pihak hospital sini bertanggungjawab. Jebat mungkin kena warded hari ni kalau keputusan dia nak operate buang tonsil segera.

Sekarang jebat tengah masuk air dulu nak tengok cemana keadaan lepas tu. Aku harap sangat tonsil tu bukan masalah besar bagi dia. Moga semua berjalan lancar.

Updated jam8 malam
Jebat tak warded. Dia balik rumah aku je. Yeahhhh.. Esok hantar dia balik Klang. Doktor suspek demam campak je. Kalau kesan ubat tu, atau alahan pada ubat tu, doktor cakap kalau makan 2 3 hari dah ada tanda². Tapi ni dah seminggu lebih dah ni. Alhamdulillah. Ni dah sampai rumah. Tadi dia siap belanja aku makan kat Murni Shah Alam.. Hihihi..

No comments:

Post a Comment