Hari ni dalam keadaan demam aku ke Hospital Sungai Buloh. 1st time ni aku jumpa kaunselor dan doktor untuk result darah. Aku doa jugak semua berjalan lancar. Tambah plak aku demam. Nak makan ubat takot effect kat darah plak, mana lah tahu diorang nak ambil darah lagi skali hari ni.
Aku keluar dari rumah jam 8.00. Disebabkan jem ape bagai, jam9.15 macam tu baru sampai hospital. Appointment jam10 pagi, kemain lama lah pula aku rasa menunggu. Jam 10.20 macam tu baru dapat jumpa kaunselor.
Kaunseling
Satu je aku malas nak jumpa kaunselor ni, nak kena cerita macam mana boleh dapat HIV ni. Seks, laki dengan laki pulak tu. Hahaha. Tapi kaunselor ni bagus, dia membantu aku dalam memberi jawapan. Aku iyakan saje. mengaku jelah Tuah ko tu gay. Haha.. Kaunselor ni advice, kalau nak 'main' lagi, pakailah kondom walaupun partner tu pun positif. Amboi.. Macam menggalakkan lah pulak. Wakaka..
Kaunselor tu tunjukkan result darah aku. Yang membuatkan aku terkejut, CD4 aku 672. Jebat punya 244 sebelum ni. Aku dah kompius ni, sape dapat dari sape ni? Haha.. Kaunselor tak tolak kemungkinan aku yang dijangkiti daripada Jebat. Sebabnya, mungkin Jebat dah lama kena dari orang-orang sebelum aku. Tapi dari siapa aku dapat, tak menjejaskan atau mengubah keputusan menjadi lebih baik. Cuma aku tetap bersyukur lebih-lebih lagi aku tak perlu makan ubat.
Doktor
Lepas beberapa lama menunggu pergi x-ray apa bagai, Jam 11.30 lebih aku jumpa Doktor. Doktor ni macam tak adalah mesra sangat bagai dikata hospital mesra pesakit HIV macam aku. Tak banyak yang dikatakan pasal HIV pun, dia banyak soal pasal demam aku. Tu je. Lepas tu doktor suruh aku datang balik lepas 5 bulan. So, 24 Ogos nanti aku kena datang balik ambil darah. 23 Sept ambil keputusan.
Akan datang aku ingat nak follow up kat Klinik Kesihatan Batu9 Cheras je lah. Dekat sikit. Ni jauh-jauh pergi Sungai Buloh, menunggu lama, sangat tak berbaloi. Elok Hospital Klang lagi lah pulak.
No comments:
Post a Comment