Wednesday, 4 March 2015

Jumpa Doktor untuk Surat Sokongan ke Hospital

Petang semalam dapat call dari Klinik, dah boleh ambil keputusan HIV test. Aku singgah masa balik kerja awal tapi tutup sementara. Aku datang petang pula jam6 lebih, tapi doktor locum, bukan doktor yang selalu rawat aku. Aku ambil keputusan je lah. Hari ni baru pegi jumpa doktor tu.

Keputusan HIV Reactive maksudnya HIV Positif

Awal pagi jam9 lebih aku sampai di klinik. Jumpa doktor. Aku duduk tenang, dalam hati takot kalau-kalau persepsi negatif doktor kepada aku. Doktor tengok result, katanya, 

  • "Keputusan ni positif"
  • "Saya tahu doktor"
  • "Sebelum ni awak ada buat test dah ke?"
  • "Saya ada buat guna test kit, saya tahu positif"
  • "Macam mana awak boleh dijangkiti?"
  • "errr.." dengan nada perlahan aku jawab "Seks" Risau dia tanya lebih-lebih, aku pun berdalih tanya mengenai hospital untuk rawatan susulan "Kalau nak ke hospital, doktor kena buat surat sokongan dulu ke?"
  • "Ya, kena buat surat dulu""Awak buat dengan different partner?"
  • Aku faham tak faham soklan doktor, Aku jawab "Ya" Mungkin maksud dia buat dengan perempuan, atau beberapa orang sebelum ni.. Aku cuba tukar topik lagi, aku tanya "Hospital mana boleh saya buat?"
  • "Itu saya tak pasti.. Nanti saya telefon kawan saya" Dia pun call kawan dia. Kawan dia mintak aku jumpa dia sebab dia ada pengalaman handle masalah ni. "Awak ambil alamat ni, awak pergi sana boleh?"
  • "Boleh doktor" Ingatkan dah habis soalan dia.
  • "Macam mana awak jumpa dia? Awak pergi pub?"
  • "Tak, saya kenal melalui FB, instagram macam tu lah"
  • Dengan nada kecewa, doktor tu cakap "Ish ish budak-budak sekarang, saja jer cari penyakit"
  • Aku agak terasa hati juga kata-kata doktor tu. Tapi buat bodoh je. Aku tanya "Akan datang, kalau saya sakit demam atau sebagainya, perlu ke saya inform saya ada HIV?"
  • "Ya perlu, sekurang-kurangnya awak menjalankan tanggungjawab sebagai insan dan mencegah daripada merebak. Itu pun awak boleh dapat pahala"
  • "Ok, terima kasih doktor.."

Aku keluar klinik, aku terus ke Pandan Mewah. Sebuah klinik sama, tapi doktor lelaki. Yang ada pengalaman nak handle masalah macam aku. Jam10 lebih macam tu aku sampai sana. Hati risau juga, macam mana pulak persepsi doktor ni.

Doktor ni sangat-sangat peramah. Dia tahu macam mana nak bertanya soalan sensitif, cakap berlembut supaya kita lebih selesa dan mesra.

  • Doctor "Awak buat kerja apa?"
  • Err soalan dia ni nak tau aku buat apa ke yang boleh dapat jangkitan ni? "Saya jadi exec kat syarikat swasta"
  • "Awak jangan risau, kita sembang macam kawan-kawan""Macam mana awak boleh dapat jangkitan ni?"
  • "Saya buat hubungan dengan seseorang"
  • "Men to men?" aih.. doktor ni macam boleh agak aku ni PLU.
  • "Ya"
  • "Macam mana awak boleh nak buat test ni?"
  • "Pasangan saya beritahu dia ada HIV lepas dia buat test sebab dia demam teruk. Dia naksihatkan saya untuk jalankan ujian juga" 

Lepas tu keadaan jadi mesra, Panjang lebar kami bincang, doktor tu bagi aku semangat. Dia cerita kisah-kisah orang lain. Dia bagi aku no telefon bimbit dia kot-kot aku nak share masalah atau kegembiraan aku dengan orang lain tapi pesakit macam aku ni, aku nak cerita kat sape? Famili memang tak lah kot. So, aku boleh share dengan dia.

Aku sempat mengadu pasal doktor perempuan tu. Doktor laki ni gelak. Dia cakap doktor perempuan tu memang macam kakak-kakak, tak patut tanya macam tu. Dia cakap, nanti dia pesan kat doktor perempuan tu. Supaya akan datang lebih berhati-hati mengaju soalan kepada pesakit macam aku.

Balik tu, atas nasihat doktor, dia cadangkan aku ke Hospital Sungai Buloh. Tapi aku fikir jauh, Doktor tu juga bagi cadangan supaya aku boleh ke Klang je, boleh jumpa kaunseling sekali dengan Jebat aku tu. Tapi aku terus ke Sg Buloh dulu. Nak tengok jalan dan keadaan. Sampai sana dah jam12 tghari lebih dah. Dah lah ramai orang, kereta parking sampai luar, luar pun dah takda parking. Aku pusing dan terus balik.

Jarak dalam 30min je dari rumah ke Hospital Sg Buloh, kalau ke Klang mau sejam lebih. Aku dalam dilema nak pergi hospital mana. Nantilah aku fikirkan. Badan aku letih sangat hari ni. Dah takleh nak fikir dah.

No comments:

Post a Comment