Wednesday, 23 September 2015

CD4 Naik, Belum Makan Ubat Lagi

Hari ni kena jumpa doktor selepas 6 bulan lepas. Risau jugak CD4 aku turun mendadak sebab demam ritu pun sampai kat sebulan baru elok. Hari ni ok sikitlah appointment jam 8pagi. So, lepas subuh kat rumah, terus keluar ke hospital. Nak mengadap jem lagi ke Sungai Buloh tu. Tapi baru teringat hari ni cuti sekolah plak. Sebab masalah jem dan jarak macam ni la aku rasa nak sangat tukar ke Batu9, Cheras. Hari ni baru boleh bagitahu doktor dan dapatkan surat tukar.

Jam7.20 dah sampai Hospital Sungai Buloh. Dapat parking. Aku pergi beli roti, makan sekejap, baru naik ke klinik ID dalam jam 7.30 naik dah ramai yang beratur. Huhuhu..

Jam 7.45 dah boleh masuk amik nombor, Dalam jam 9 lebih macam tu dapat jumpa doktor.

Jumpa Doktor
Muda lagi doktor ni, laki. Rasa macam malu sikit lah sebab kalau aku tua sikit je dari doktor tu, tapi dah rosakkan life sendiri. Huhu.. Dia jugak yang berjaya sampai jadi doktor. Hahaha.. Apa yang mengejutkan aku, pada mulanya dengar CD4 aku 300 lebih, aku tanya doktor.. 300? Dia cakap 786. Kalau 300 dah kena makan ubat. Wow.. 786 tu.. Sebelum ni 672. Aku tak makan ubat, CD4 boleh naik. Magic tak? Siap doktor tu tanya aku ada makan herba ke? Aku cakap tak.. Tapi dalam hati ni senyum gembira. Hihi..

Doktor cakap hari ni klinik full, kalau buat surat lambat. Dia mintak datang sana lagi skali lepas 6 bulan sebelum aku boleh tukar. Aku rasa dia nak tengok CD4 aku makin naik lagi ke tak kot.

Macam mana CD4 boleh naik ni?
Aku syak, ada kaitan dengan doa yang tak putus-putus kepada Allah S.W.T. Perbanyakkan sedekah moga-moga kita peroleh kebaikan dunia dan akhirat. Korang cuba la buat. Sedekah sesuatu yang betul-betul punya sedekah. Macam mana tu? Kita bersedekah sehingga kita sendiri rasa kekurangan, ataupun sedekah masa kita sendiri dalam kesusahan. Contoh, ada duit RM50 dalam poket. kalau bagi RM50 tu, sekurang2nya 2 3 hari kita tak dapat makan. Duit dalam bank dah budget untuk minggu lain. Tapi kita sedekahkan jugak RM50 tu. Beserta niat, andai sedekah aku ni dapat pahala, moga Allah tukarkanlah pahala itu dengan CD4 aku makin naik, virus HIV ni makin lemah atau terhapus dengan cepat. Moga-moga, semua keberkatan ituberpihak pada kita.. Aamiin..

No comments:

Post a Comment