Pagi ni badan Jebat makin teruk ruamnya. Terang kat muka, badan dan belakang. Peha dan kaki elok. Aku tengah masak, Hari ni aku kerja, lagipun aku nak ambil charger laptop kat office. Nak taknak kena jugak pergi office. Jebat bangun nak solat subuh. Aku plak masak nak sediakan sarapan pagi dan tengahari jebat. Masa aku tengah sarapan, dengan jebat duk muntah-muntah dalam toilet.
Macam teruk, muntah nak keluar angin je kot. Tapi aku risaukan dia. Aku pergi jenguk kat toilet, tengok pintu terbukak sikit. Aku bukak pintu, tengok jebat tengah berbogel kat sinki teran muntah. Aku urut-urut belakang dia, nampak ruam teruk kat badan dia sampai ke bontot dia dah. Kesian tengok dia sakit macam tu.
Aku gerak pergi kerja, ni jebat mesej, dia call doktor hospital, doktor cakap itu kesan daripada makan ubat tu, kalau teruk dia kena rujuk hospital lah. Nak tunggu khamis mungkin lambat lagi, tak tahu kesan dia macam mana. Doktor cakap kalau teruk sangat boleh datang hospital. Aku ingat nak balik lepas solat jumaat nanti je. Nak tengok badan dia macam mana. Kalau teruk doktor cakap kena masuk kecemasan, tak tahu lah kena warded atau stop makan ubat buat seketika.
Aku ada baca kat blog mana entah. Ada yang kena ruam tu, doktor cakap stop dulu sampai ruam elok, lepas tu boleh teruskan makan balik. Biasanya kali kedua dah ok dah. Sebab awal-awal ni badan baru nak adapt dengan ubat tu.
Updated!!
Ni gambar ruam yang aku cakap tu..
No comments:
Post a Comment