Petang semalam dapat call dari Klinik, dah boleh ambil keputusan HIV
test. Aku singgah masa balik kerja awal tapi tutup sementara. Aku datang
petang pula jam6 lebih, tapi doktor locum, bukan doktor yang selalu
rawat aku. Aku ambil keputusan je lah. Hari ni baru pegi jumpa doktor
tu.
|
Keputusan HIV Reactive maksudnya HIV Positif |
Awal pagi jam9 lebih aku sampai di
klinik. Jumpa doktor. Aku duduk tenang, dalam hati takot kalau-kalau
persepsi negatif doktor kepada aku. Doktor tengok result, katanya,
- "Keputusan ni positif"
- "Saya tahu doktor"
- "Sebelum ni awak ada buat test dah ke?"
- "Saya ada buat guna test kit, saya tahu positif"
- "Macam mana awak boleh dijangkiti?"
- "errr.." dengan nada perlahan aku jawab "Seks" Risau dia tanya
lebih-lebih, aku pun berdalih tanya mengenai hospital untuk rawatan
susulan "Kalau nak ke hospital, doktor kena buat surat sokongan dulu
ke?"
- "Ya, kena buat surat dulu""Awak buat dengan different partner?"
- Aku faham tak faham soklan doktor, Aku jawab "Ya" Mungkin maksud dia
buat dengan perempuan, atau beberapa orang sebelum ni.. Aku cuba tukar
topik lagi, aku tanya "Hospital mana boleh saya buat?"
- "Itu saya tak pasti.. Nanti saya telefon kawan saya" Dia pun call
kawan dia. Kawan dia mintak aku jumpa dia sebab dia ada pengalaman
handle masalah ni. "Awak ambil alamat ni, awak pergi sana boleh?"
- "Boleh doktor" Ingatkan dah habis soalan dia.
- "Macam mana awak jumpa dia? Awak pergi pub?"
- "Tak, saya kenal melalui FB, instagram macam tu lah"
- Dengan nada kecewa, doktor tu cakap "Ish ish budak-budak sekarang, saja jer cari penyakit"
- Aku agak terasa hati juga kata-kata doktor tu. Tapi buat bodoh je.
Aku tanya "Akan datang, kalau saya sakit demam atau sebagainya, perlu ke
saya inform saya ada HIV?"
- "Ya perlu, sekurang-kurangnya awak menjalankan tanggungjawab sebagai
insan dan mencegah daripada merebak. Itu pun awak boleh dapat pahala"
- "Ok, terima kasih doktor.."
Aku keluar klinik, aku terus ke
Pandan Mewah. Sebuah klinik sama, tapi doktor lelaki. Yang ada
pengalaman nak handle masalah macam aku. Jam10 lebih macam tu aku sampai
sana. Hati risau juga, macam mana pulak persepsi doktor ni.
Doktor
ni sangat-sangat peramah. Dia tahu macam mana nak bertanya soalan
sensitif, cakap berlembut supaya kita lebih selesa dan mesra.
- Doctor "Awak buat kerja apa?"
- Err soalan dia ni nak tau aku buat apa ke yang boleh dapat jangkitan ni? "Saya jadi exec kat syarikat swasta"
- "Awak jangan risau, kita sembang macam kawan-kawan""Macam mana awak boleh dapat jangkitan ni?"
- "Saya buat hubungan dengan seseorang"
- "Men to men?" aih.. doktor ni macam boleh agak aku ni PLU.
- "Ya"
- "Macam mana awak boleh nak buat test ni?"
- "Pasangan saya beritahu dia ada HIV lepas dia buat test sebab dia demam teruk. Dia naksihatkan saya untuk jalankan ujian juga"
Lepas tu keadaan jadi mesra,
Panjang lebar kami bincang, doktor tu bagi aku semangat. Dia cerita
kisah-kisah orang lain. Dia bagi aku no telefon bimbit dia kot-kot aku
nak share masalah atau kegembiraan aku dengan orang lain tapi pesakit
macam aku ni, aku nak cerita kat sape? Famili memang tak lah kot. So,
aku boleh share dengan dia.
Aku
sempat mengadu pasal doktor perempuan tu. Doktor laki ni gelak. Dia
cakap doktor perempuan tu memang macam kakak-kakak, tak patut tanya
macam tu. Dia cakap, nanti dia pesan kat doktor perempuan tu. Supaya
akan datang lebih berhati-hati mengaju soalan kepada pesakit macam aku.
Balik
tu, atas nasihat doktor, dia cadangkan aku ke Hospital Sungai Buloh.
Tapi aku fikir jauh, Doktor tu juga bagi cadangan supaya aku boleh ke
Klang je, boleh jumpa kaunseling sekali dengan Jebat aku tu. Tapi
aku terus ke Sg Buloh dulu. Nak tengok jalan dan keadaan. Sampai sana
dah jam12 tghari lebih dah. Dah lah ramai orang, kereta parking sampai
luar, luar pun dah takda parking. Aku pusing dan terus balik.
Jarak
dalam 30min je dari rumah ke Hospital Sg Buloh, kalau ke Klang mau
sejam lebih. Aku dalam dilema nak pergi hospital mana. Nantilah aku
fikirkan. Badan aku letih sangat hari ni. Dah takleh nak fikir dah.