Wednesday, 23 September 2015

CD4 Naik, Belum Makan Ubat Lagi

Hari ni kena jumpa doktor selepas 6 bulan lepas. Risau jugak CD4 aku turun mendadak sebab demam ritu pun sampai kat sebulan baru elok. Hari ni ok sikitlah appointment jam 8pagi. So, lepas subuh kat rumah, terus keluar ke hospital. Nak mengadap jem lagi ke Sungai Buloh tu. Tapi baru teringat hari ni cuti sekolah plak. Sebab masalah jem dan jarak macam ni la aku rasa nak sangat tukar ke Batu9, Cheras. Hari ni baru boleh bagitahu doktor dan dapatkan surat tukar.

Jam7.20 dah sampai Hospital Sungai Buloh. Dapat parking. Aku pergi beli roti, makan sekejap, baru naik ke klinik ID dalam jam 7.30 naik dah ramai yang beratur. Huhuhu..

Jam 7.45 dah boleh masuk amik nombor, Dalam jam 9 lebih macam tu dapat jumpa doktor.

Jumpa Doktor
Muda lagi doktor ni, laki. Rasa macam malu sikit lah sebab kalau aku tua sikit je dari doktor tu, tapi dah rosakkan life sendiri. Huhu.. Dia jugak yang berjaya sampai jadi doktor. Hahaha.. Apa yang mengejutkan aku, pada mulanya dengar CD4 aku 300 lebih, aku tanya doktor.. 300? Dia cakap 786. Kalau 300 dah kena makan ubat. Wow.. 786 tu.. Sebelum ni 672. Aku tak makan ubat, CD4 boleh naik. Magic tak? Siap doktor tu tanya aku ada makan herba ke? Aku cakap tak.. Tapi dalam hati ni senyum gembira. Hihi..

Doktor cakap hari ni klinik full, kalau buat surat lambat. Dia mintak datang sana lagi skali lepas 6 bulan sebelum aku boleh tukar. Aku rasa dia nak tengok CD4 aku makin naik lagi ke tak kot.

Macam mana CD4 boleh naik ni?
Aku syak, ada kaitan dengan doa yang tak putus-putus kepada Allah S.W.T. Perbanyakkan sedekah moga-moga kita peroleh kebaikan dunia dan akhirat. Korang cuba la buat. Sedekah sesuatu yang betul-betul punya sedekah. Macam mana tu? Kita bersedekah sehingga kita sendiri rasa kekurangan, ataupun sedekah masa kita sendiri dalam kesusahan. Contoh, ada duit RM50 dalam poket. kalau bagi RM50 tu, sekurang2nya 2 3 hari kita tak dapat makan. Duit dalam bank dah budget untuk minggu lain. Tapi kita sedekahkan jugak RM50 tu. Beserta niat, andai sedekah aku ni dapat pahala, moga Allah tukarkanlah pahala itu dengan CD4 aku makin naik, virus HIV ni makin lemah atau terhapus dengan cepat. Moga-moga, semua keberkatan ituberpihak pada kita.. Aamiin..

Wednesday, 1 April 2015

Kuatkanlah Semangat Jebat dan Cinta Kami

Weekend lepas Jebat dan mak dia datang lepak umah aku. Ni kali kedua mak dia datang. Giler tak hapie mak mertua datang. Means, bonding kami 1 famili ni makin kuat lah. Yang lawaknya, kantoi bila mak dia tengok dalam bilik aku, ada gambar aku dan Jebat kat dinding. Mak dia bagitau Jebat slow-slow cakap, "Tuah tu sayang ko dik. Dia letak gambar ko dalam bilik dia." Sangat positif kan. Best mak ni.. Sayang mak. Mak aku plak asik tanya keadaan Jebat. Sehat ke tak ke. Apa citer ke. Taknak balik kampung ke.. Itu citer mak aku. Haha..

Malam tadi Jebat balik kerja, lepas mandi dan makan, Jebat mesej.


Mak dia duk puji aku depan dia. Kalau mak aku pun sama jugak dulu. Duk puji anak orang, aku sikit sebanyak pun terasa hati. Tapi selalu aku fikir positif lah, mungkin mak aku nak anak dia jadi baik macam anak orang lain. Itu je lah yang aku dapat nasihatkan Jebat. Serius aku taknak Jebat stress dengan famili. Cukuplah dia tanggung sakit tu kan.

2 3 hari sebelum ni aku ajak dia kapel balik dengan aku. Dia cakap nanti kita bincang. Memandangkan dia baik dah dengan aku, kami dah tak gaduh, kadang apa yang dia buat pun disebabkan aku (dia datang weekend jumpa aku, selalu mesej aku), dia dengar cakap, tu yang aku ajak dia kapel semula.

Pagi ni kami chat macam biasa je. tak ada apa-apa spesial tapi tetiba Jebat mesej luahkan perasaan kat aku. Padahal dari pagi elok je, takda pun cakap pape. Yang ni yang buatkan aku happy dengan kata-kata dia.


Sweet tak kitorg? Haha..

Thursday, 26 March 2015

Follow Up Doktor Hospital Klang

Seperti dijanji dengan Jebat, aku nak teman dia pergi jumpa doktor hari ni. Dah lama janji ni. Aku rasa memang tanggungjawab aku bawa dia ke hospital. Walaupun aku tengah demam lagi..

Appointment dia jam2 petang. Aku datang awal pagi jumpa dia, lepak sarapan, jenjalan kat AEON Bukit Tinggi. Jam 1.30 dah sampai ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Beza dengan Hospital Sungai Buloh nak kena menunggu lama untuk jumpa doktor. Ambil ubat pun makan masa lama. Kat sini senang je. Cepat dan clear process. Klinik RVD tak campur dengan sakit berjangkit yang lain. Demn, sini lebih bagus daripada Hospital Sungai Buloh.

Tapi aku sikit busy, kerja office ada masalah. Aku asik kena tengok wassap group office then jawab call. Masa nak temankan Jebat amik ubat, dapat call lagi, nasib aku bawak laptop sekali dalam kereta, aku terpaksa bergegas ke kereta untuk settle kerja sikit. Kesian Jebat. Aku busy plak bila dengan dia. Dia pulak rasa macam dia menyusahkan aku, padahal sikit pun aku tak rasa susah. Dia dan kerja, 2 2 tanggungjawab aku.


The best is, dia kena jumpa doktor lepas 3 bulan akan datang. Dapat stok ubat untuk 3 bulan terus. Kalau macam tu kan bagus sikit.

Balik tu, kami pergi karaoke kat Harbor Palace Klang. Aku dengan sakit tekaknya, temankan jugak Jebat, nak bagi dia happy. Aku pun nak happy-happy jugak. Haha.. Hantar dia balik jam6 lebih macam tu. Aku sampai rumah jam8.20 malam macam tu. Baca mesej dia "Sayang u ketat2.." Dia jarang kot nak keluarkan ayat macam tu. Kalau aku yang mulakan dulu cakap "Miss u" ke "Love u" ke, barulah dia reply cakap "Miss u too" or "Love u too". Aku tanya dia dan aku cakap lah biasa dia takkan cakap macam tu selagi aku tak cakap dulu. Then dia balas..


Nampaknya dia betul-betul tersentuh hati dengan perhatian aku pada dia. Aku takda niat nak menunjuk-nunjuk pada dia kegigihan aku tolong dia sebab nak dapatkan balik cinta dia. Tapi aku dah anggap itu sebahagian daripada tanggungjawab aku. Kalau cinta kami sah, aku dah ajak dia kawen walau hidup ni susah macam mana pun.


Abaikan pasal cekodok dan cucur tu. Haha.. Dia buat cucur malam tadi. Hihi.. Aku harap, hubungan kami bertambah baik lepas ni.

Wednesday, 25 March 2015

Pertama Kali Follow Up CD4

Hari ni dalam keadaan demam aku ke Hospital Sungai Buloh. 1st time ni aku jumpa kaunselor dan doktor untuk result darah. Aku doa jugak semua berjalan lancar. Tambah plak aku demam. Nak makan ubat takot effect kat darah plak, mana lah tahu diorang nak ambil darah lagi skali hari ni.

Aku keluar dari rumah jam 8.00. Disebabkan jem ape bagai, jam9.15 macam tu baru sampai hospital. Appointment jam10 pagi, kemain lama lah pula aku rasa menunggu. Jam 10.20 macam tu baru dapat jumpa kaunselor.

Kaunseling
Satu je aku malas nak jumpa kaunselor ni, nak kena cerita macam mana boleh dapat HIV ni. Seks, laki dengan laki pulak tu. Hahaha. Tapi kaunselor ni bagus, dia membantu aku dalam memberi jawapan. Aku iyakan saje. mengaku jelah Tuah ko tu gay. Haha.. Kaunselor ni advice, kalau nak 'main' lagi, pakailah kondom walaupun partner tu pun positif. Amboi.. Macam menggalakkan lah pulak. Wakaka..

Kaunselor tu tunjukkan result darah aku. Yang membuatkan aku terkejut, CD4 aku 672. Jebat punya 244 sebelum ni. Aku dah kompius ni, sape dapat dari sape ni? Haha.. Kaunselor tak tolak kemungkinan aku yang dijangkiti daripada Jebat. Sebabnya, mungkin Jebat dah lama kena dari orang-orang sebelum aku. Tapi dari siapa aku dapat, tak menjejaskan atau mengubah keputusan menjadi lebih baik. Cuma aku tetap bersyukur lebih-lebih lagi aku tak perlu makan ubat.

Doktor
Lepas beberapa lama menunggu pergi x-ray apa bagai, Jam 11.30 lebih aku jumpa Doktor. Doktor ni macam tak adalah mesra sangat bagai dikata hospital mesra pesakit HIV macam aku. Tak banyak yang dikatakan pasal HIV pun, dia banyak soal pasal demam aku. Tu je. Lepas tu doktor suruh aku datang balik lepas 5 bulan. So, 24 Ogos nanti aku kena datang balik ambil darah. 23 Sept ambil keputusan.

Akan datang aku ingat nak follow up kat Klinik Kesihatan Batu9 Cheras je lah. Dekat sikit. Ni jauh-jauh pergi Sungai Buloh, menunggu lama, sangat tak berbaloi. Elok Hospital Klang lagi lah pulak. 

Monday, 23 March 2015

Beza Demam Untuk PLHIV

Sebelum ni aku pernah bagitahu kot kalau untuk PLHIV ni, kalau demam doktor akan bagi antibiotik.
Hari ni aku ke klinik panel kat depan rumah ni. Doktor tu macam sikit badmood dengan aku. Layanan tak mesra. Dia tahu aku ada HIV. Sebelum ni dia pernah macam kecewa dengan aku. Muda-muda dah ada HIV kot. Kesilapan daripada seks bebas pula tu. Huhu.. Dia check demam dan darah tinggi pun dia tak bagitahu aku pape. Yang keluar dari mulut dia, "Nak ubat selsema dengan ubat batuk tak?" Tu je..
Demam yang lepas-lepas aku payah nak dapat antibiotik. Walaupun teruk. Kali ni demam tak seteruk mana. Tapi tetap dapat antibiotik.
Jadi, kalau korang ni PLHIV, make sure bagitahu doktor yang korang ada HIV. Sebab antibodi kita memang lemah dan kita perlukan supplement tambahan untuk bantu lawan penyakit.


Sunday, 22 March 2015

Demam Urat

Hari ni aku plak demam. Suspek badan sakit² sebab jogging pagi semalam sebelum ke hospital. Sakit macam aku ni memang mudah demam ke erk kalau penat sangat?

Dari semalam lagi aku duk jaga Jebat. Sapu ubat gatal, ubat ruam kat seluruh badan. Now, Alhamdulillah. Badan dia dah ok dari ruam² campak tu. Ni bila aku demam, dia plak jaga aku. Letak kain sejuk kat kepala aku. Bagi aku makan ubat. So sweet kan? Haha..

Saturday, 21 March 2015

Kesan HAART, Jebat Ke Hospital

Salam,

Payah nak send updates ni. Last-last install aps blogger kat tab. Boleh update live untuk korang. Haha..

Aku kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ni. Semalam badan jebatkan teruk naik ruamnya. Semalam aku balik kerja awal, lepas solat jumaat, jebat kat rumah dah risau dengan ruam kat badan dia. Dia sempat pesan wassap pagi tu, kalau balik kerja nanti belikan piza rm5 satu. Balik kerja aku sempat beli, dua plak tu. Aku bukan makan sangat piza, tapi sebab aku tak makan lagi, tu pun makan sikit je, aku kedarah nasi lah. Hihi..

Petang jam4 macam tu pergi kat Klinik Kesihatan Hulu Langat Batu 9 kalau tak silap. Lepas ke hulu ke hilir, prosedur biasa, settle jam5.30 macam tu. Lama tak lama kan. Keputusannya, rupanya Klinik Kesihatan Hulu Langat tu ada RVD rupanya. Doktor tu buat rawatan sendiri kat situ. Ada mesin dia ape bagai. Silap la plak aku ke Hospital Sg Buloh. Doktor tu cadangkan Jebat ke hospital untuk buang tonsil yang sebabkan dia kerap demam, ruam tu pun disebabkan kesan ubat HAART tu. Jadi, doktor cadangkan Jebat stop kejap makan ubat kuning yang malam buat sementara waktu sebelum appointment jumpa doktor Khamis depan. Tapi kitorg tak berani.

Balik dari klinik, kitorg makan, aku makan nasi putih sebab aku kena kuat nak jaga jebat plak ni. Jebat abeskan piza dia lagi sekotak. Suka plak aku tengok dia makan. Siap ayam goreng sketul dengan sup kaki aku buat pagi tu.

Hari ni, aku bawak Jebat ke Hospital Klang ni, senang, apa-apa jadi, saranan doktor, pihak hospital sini bertanggungjawab. Jebat mungkin kena warded hari ni kalau keputusan dia nak operate buang tonsil segera.

Sekarang jebat tengah masuk air dulu nak tengok cemana keadaan lepas tu. Aku harap sangat tonsil tu bukan masalah besar bagi dia. Moga semua berjalan lancar.

Updated jam8 malam
Jebat tak warded. Dia balik rumah aku je. Yeahhhh.. Esok hantar dia balik Klang. Doktor suspek demam campak je. Kalau kesan ubat tu, atau alahan pada ubat tu, doktor cakap kalau makan 2 3 hari dah ada tanda². Tapi ni dah seminggu lebih dah ni. Alhamdulillah. Ni dah sampai rumah. Tadi dia siap belanja aku makan kat Murni Shah Alam.. Hihihi..